jump to navigation

Kelas Pengenalan Tarannum Al-Quran Jun 9, 2021

Posted by alhawa in Lain-Lain.
add a comment

Jom sertai! terbuka dan tentunya percuma.

fb.me/albayanjohor

Kelas Tarannum Al-Quran Online Februari 5, 2021

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , ,
add a comment

Terdapat pelbagai cara kita mempelajari Al-Quran. Di waktu PKP ini, kelas online secara panggilan video atau kelas bervideo memberikan suasana seperti belajar secara bersemuka.

Ambil lah peluang memanfaatkan masa yang ada dengan memberi peluang kepada diri sendiri memperbaiki bacaan Al-Quran.

Hubungi kami segera. Anda belum terlambat.

Kita pasti ada banyak masa andai kita benar-benar mencintai Al-Quran.

Kursus Mengajar Iqra’ secara Tarannum Murattal Ogos 25, 2020

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Assalamualaikum

Saya sekadar ingin membantu para ibu bapa atau guru yang ingin mempelbagaikan lagi teknik serta menambah pengalaman mengajar Iqra’.

Kali ini, kita cuba menerapkan sedikit butir-butir lagu Tarannum Murattal yang paling asas pada bacaan Iqra’ anak-anak didik kita.

Mudah-mudahan menjadi minat buat anak-anak itu berdampingan dengan Al-Quran dengan sedikit kelebihan, keindahan dan keyakinan membaca Al-Quran apabila meningkat dewasa kelak.

Jika anda berminat untuk menyertai atau ingin bertanya sebarang soalan berkenaan kursus ini, sila whatsapp Ustaz Azlan sendiri (011-10046781).

— Harap bersabar dan mohon maaf andai balasan whatsapp nanti tidak sesegera yang diharapkan. InsyaAllah ia tetap akan berbalas. —

Anda juga boleh terus masuk ke group whatsapp (sementara) bagi kursus tersebut melalui link berikut :-

https://chat.whatsapp.com/B5UWQRYaEuTFphgCTXWdZ7

Jumpa anda di kursus ini pada 12/9/2020 nanti!

Wassalamualaikum

Jom Belajar Tarannum Murattal di Live FB Februari 23, 2019

Posted by alhawa in Lain-Lain.
add a comment


Alhamdulillah. Telah berjalan kelas Tarannum Murattal di SMA Al-Masriyah Simpang Renggam, Johor.

Pelajar dan gurunya sangat bersemangat untuk mendalami ilmu ini.

InsyaAllah dengan izin Allah, berkat keikhlasan dan kesungguhan ini, Allah akan memudahkan urusan ini.

Hasrat sekolah yang ingin mencipta imam dan bilal yang berkualiti termasuk mampu membaca secara bertarannum insyaAllah akan tercapai sebelum Ramadhan nanti.

Berikut saya nyatakan link ke Live FB tersebut:-

Kelas Tarannum Murattal (Lagu Hijaz)

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 011-10046781 yer.

Selamat bertarannum! Semua orang boleh bertarannum!

Wassalamualaikum

Ayuh join Telegram saya! Disember 5, 2016

Posted by alhawa in Lain-Lain.
add a comment

 

Saya ingin mendekati anda semua. Alhamdulillah teknologi telah mewujudkan Telegram yang dapat membuatkan kita semakin memahami dan insyaAllah saling membantu antara kita ketika kita perlukan seseorang.

Cukuplah Allah membantu kita dengan menghadirkan takdir pertemuan kita dengan insan yang memberi manfaat buat kita dunia dan akhirat.

Saya tunggu anda di sana!

Anda mencari zikir yang dapat membantu anda (dengan izin Allah) membuai lena si bayi? Ayuh berkongsi pengalaman bersama saya.

https://telegram.me/joinchat/DWglAQt7oG3V2uXiSicHBQ

 

Ketahui Kaedah Pantas Belajar Al-Quran – Tarannum & Tajwid.

https://telegram.me/joinchat/DWglAUGA2ze_zGV0F1TPXw

 

Ingin berkongsi pengalaman atau mencari pengalaman menulis buku kanak-kanak?

 

https://telegram.me/duniabuku

Kaedah Dian Percuma Sempena Menyambut Ramadhan. Julai 1, 2012

Posted by alhawa in Baiyati, CD Tarannum, Kelas Tajwid, Kelas Tarannum.
Tags: , , ,
1 comment so far

Assalamualaikum para pengunjung sekalian.

Saya tidak dapat menulis panjang lebar pada awal pagi ini. Cuma sebagaimana tajuk di atas, saya akan meng-upload beberapa kaedian Dian di YouTube kepada public. Semoga dapat dimanfaatkan. Bagi peminat yang telah membeli kaedah ini, saya sudah menyediakan satu tawaran istimewa kaedah yang baru untuk kita semua mendalami Al-Quran.

Salam Ramadhan..

Azlan

 

* Sila jejaki video saya di YouTube melalui nama samaran saya “putihitam”. Sila ikuti blog saya kerana sedikit masa lagi saya akan bagi link untuk Full Version kaedah ini.

Kelas Tajwid 12 Mei 2010 Mei 19, 2010

Posted by alhawa in Kelas Tajwid, Lain-Lain.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Satu kelas Tajwid (Kaedah Aslan) iaitu kaedah mudah belajar Tajwid telah diadakan di IKBN Pagoh. Kelas yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada asalnya, kelas dirancang diadakan di masjid namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Urusetia telah memindahkan lokasi ke dalam perpustakaan.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Saudara Harizan dan khusus buat Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan semua kakitangan yang terlibat sebagai urusetia mahupun peserta.

Apa yang istimewa, pentadbir tertinggi IKBN Pagoh turut serta dalam kelas ini termasuk 6 orang peserta wanita.
Semoga dapat bertemu lagi. Mudah-mudahan usaha kita ini, mendapat keberkatan dan perhatian daripada Allah jua.
Salam ukhwah,

Azlan Al-Hawa

CD Kaedah Dian (Versi 2010) Mei 11, 2010

Posted by alhawa in CD Tarannum.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Sila lawat www.lamanbestari.wordpress.com untuk panduan tempahan. Kepada yang berminat dan menantikan CD saya ini, semoga kalian mendapat sesuatu yang bernilai!

Salam hormat

Azlan Al-Hawa

Kelas Pantas Tarannum April 29, 2010

Posted by alhawa in Kelas Tarannum.
Tags: , ,
add a comment

Kelihatan peserta-peserta Kelas Tarannum pada 23 April2010 yang lalu menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Keterangan kelas ke-2 kali ini ialah seperti berikut.

Jumlah Pelajar= 10 orang.

Tempat = Bilik Mesyuarat.

Lagu= Hijaz

Masa= 9.30=11.30 malam.

Pada minggu ini kelas tidak dapat dijalankan kerana masing-masing ada komitmen yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah kita bertemu lagi minggu hadapan dengan lagu Nahawand pula. (InsyaAllah jika tiada perubahan).

Salam mesra, jumpa lagi… Wassalam.

Azlan Al-Hawa

Ada minat, ada jalan. April 23, 2010

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , ,
3 comments

Belajar Tarannum memang tidak susah. Anda hanya memerlukan kelas 2 jam sahaja untuk menguasai satu-satu jenis lagu.

Berapa kali kelas 2 jam? Hanya sekali sahaja dan anda akan dapat kenal dan boleh membaca tarannum untuk satu lagu.

Kalau anda berminat, anda boleh mengatur 10-20 orang peserta dan anda jadik urusetia yang membolehkan kita berhubung dengan mudah.

Yang penting, lokasinya anda tentukan, sunyi dan duduk atas kerusi.

Wassalam